Random #17

Yes we meet again. I can’t sleep. -__-

Mari bercerita.

Malam semalam, masa otw balik dari dinner, kitorang ada borak-borak. Saje tak nak bagi sunyi, mengantuk bla bla bla etc etc. At first kitorang cakap pasal macam-macam. Sampai la ke cerita gaduh dengan budak diploma Part 2 di petang khamis yang indah tu. Juniors today.. Haih. Dan kami berdua pun membebel bebel bla bla bla dari satu cerita ke satu cerita pasal event zaman diploma dulu. Kami dok teka bila start cakap dengan orang tu, bila start baik dengan orang ni etc etc. Mostly kitorang masa diploma dulu start kenal dengan mereka mereka dari class lain tu dari masa handle event la. And masa tu jugak baru teringat yang saya first time cakap dengan dia masa event pertandingan dikir barat. Makanya saya bagitahu dia then tahu dia cakap apa, “oh yeke? You ada eh masa tu?” Helloooo. Perempuan masa tu berempat je. Gara-gara stapler. Pfftt. Tu tak campur yang first time tengok kat Bukit Merah tu yang kita ingatkan dia tu senior part 6! Zzz and the rest is history~

So pointnya kat sini, saya sedar yang saya seorang yang jenis ingat benda-benda yang simple. Benda yang maybe pada orang lain tak rugi pun kalau ingat semua tu. Kiranya macam bukan benda penting untuk diingati la. Tak tahu la. Mostly benda-benda yang orang lain takkan ingat, saya akan ingat. Dan bila saya bukak balik cerita mereka dah tak ingat pasal tu. Selalu macam tu. Tapi takde guna kalau kita je yang beria nak ingat semua tu tapi orang yang sepatutnya ingat jugak pasal tu lupa langsung pasal tu. Heh ayat berbelit. Tak kisahlah. Janji sampai maksudnya. Sebab tu saya tak suka orang suka suka hati nak buat janji dengan saya. Sebabnya saya akan ingat. Dan bila janji tu tak dipenuhi, yang kecewanya saya. Yang tukang buat janji tu takde rasa apa pun sebab dia sendiri pun lupa dengan janji tu. FRUST di situ.

Dan sampai ke satu tahap, saya boleh ceritakan balik dengan lancar apa yang jadi dalam satu novel tu yang saya baca 5,6 bulan sebelum tu padahal esoknya tu saya ada final exam. Padahal novel tu baru baca sekali.

Dan serius cakap, saya tak tahu saya boleh berbangga ke tak dengan habit ini. Ada pros and cons dia kan?..

Alangkah indahnya kalau baca nota pelajaran pun senang nak ingat macam ingat benda-benda yang tak sepatutnya diingati tu. Kalau bab nak membaca baca pasal pelajaran ni susah benar. Haishhhh.

Enough. Melalut dah ni.

till then~

w.n.a

p/s: sekarang dah tak ingat nombor phone kawan kawan. sorry.

makin bertambah umur ni makin nampak sisi diri sendiri. sisi putih dan sisi hitam. accept me for who i am. not by the way you want me to be. okay? =)

1 comment
  1. Alin said:

    ORANG DAH IGT OKAY!!!

Leave a comment